Kalau nak shopping dekat PC Fair, kalau boleh jangan beli barangan dekat booth-booth kecil yang tak ada nama tu, beli dekat booth besar yang ada jenama.
Bila dah beli External HDD, terus cuba in case ianya palsu. Somehow menurut forumer Lowyat.net, fake HDD ni bila dah plug-in kat PC pun ianya akan still tunjuk yang storage fake HDD ni 500GB atau apa-apa saiz yang didakwa penjual, nampaknya pembuat HDD palsu ni dah buat script untuk menipu PC anda. Celaka pandai habis penipu nih. Satu cara ialah dengar kalau HDD tu ada bunyi ke tak kalau dah plug-in dalam PC.
Tengok dari segi luaran packaging dia memang sama, cuba pergatikan dengan lebih teliti mana tahu kotak ada kemek sedikit, ataupun printing dekat kotak macam ada yang tak kena (pudar/lari).
Dari segi harga, sila berhati-hati kalau ada yang offer dengan harga yang lebih murah dari biasa. Rasanya tak mungkin kot Harga untuk External HDD turun sampai RM140. Jangan sebab nak sangat beli benda murah menyesal kemudiannya, bukak-bukak kat dalam rupanya ada Flash USB ke dengan pemberat.
Heh! Ingatkan Jenama WD je yang ada fake, jenama Samsung pun ada.
No comments:
Post a Comment
hehe pandai tulis ya~~